Yusof Haslam maklum pelakon ditahan dadah, sudah beri amaran namun tidak diendahka - Utusan Malaysia

Yusof Haslam maklum pelakon ditahan dadah, sudah beri amaran namun tidak diendahka

YUSOF HASLAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya sudah beri amaran, jangan ‘expose’ diri, pergi kelab dan sebagainya kerana dia berlakon watak polis.”

Demikian kata penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam apabila disoal mengenai kesahihan penangkapan seorang pelakon wanita drama Gerak Khas 2.0 yang didakwa terlibat dengan kes dadah.

Menurut Yusof, dia maklum mengenai perkara itu (penangkapan) malah telah dua kali memberi amaran agar pelakon terbabit tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh mencemar nama baik drama tersebut.

Bagaimanapun, kata Yusof, amaran berkenaan tidak diendahkan pelakon itu.

“Saya menasihatkan dia, jika hendak pergi kelab malam, karaoke dan sebagainya itu hak dia, tetapi berpada-pada kerana dia terlibat Gerak Khas 2.0.

“Saya tahu pergi karaoke itu memang rutin dia, namun kurang-kurangkan kerana dia membawa watak seorang polis.

“Apa pun amaran itu tidak diendahkan dan akhirnya membinasakan.

“Saya amat menjaga imej Gerak Khas dan tak mahu ianya tercalar. Bukanlah kita ini sempurna tapi sekurang-kurangnya saya tak mahu imej polis itu tercemar,” katanya lagi.

Terdahulu, seorang pelakon wanita yang membintangi drama polis ditahan selepas disyaki positif dadah methamphetamine di sebuah pusat hiburan di ibu negara.

Pelakon wanita berkenaan ditahan bersama 17 individu lain ketika serbuan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

-Habis –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN