Tawar khidmat seks RM230 melalui Telegram

Tawar khidmat seks RM230 melalui Telegram

OP Gegar dijalankan terhadap sebuah hotel bajet di Kebun Teh, Johor Bahru, Johor pada pukul 4 petang, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiga wanita warga Laos dan seorang Filipina ditahan kerana dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan melakukan kegiatan tidak bermoral iaitu menawarkan perkhidmatan seks di bandar raya ini.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, kesemua yang ditahan menawarkan khidmat seks melalui aplikasi Telegram dengan bayaran RM230.

Katanya, kegiatan itu terbongkar menerusi Op Gegar yang dijalankan terhadap sebuah hotel bajet di Kebun Teh di sini pada pukul 4 petang, kelmarin.

“Operasi tersebut dijalankan atas maklumat awam serta risikan dijalankan penguat kuasa, maklumat awal diterima keempat-empat wanita terbabit dipercayai bekerja sebagai penjaga premis berkenaan.

“Siasatan lanjut dibuat mendapati keempat-empat wanita berusia antara 20 hingga 39 tahun itu dipercayai turut menjalankan aktiviti tidak bermoral,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Rusdi, tindakan diambil di bawah Akta Imigresen 1959 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Keempat-empat wanita itu ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN