Surat tawaran haji 2026 mula dikeluarkan selepas 22 Oktober ini - Utusan Malaysia

Surat tawaran haji 2026 mula dikeluarkan selepas 22 Oktober ini

MOHD. NA’IM Mokhtar pada Majlis Perasmian Festival Halal Antarabangsa Melaka (MIHF’25) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN /AMRAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AYER KEROH: Surat tawaran bagi menunaikan ibadah haji musim 1447 Hijrah/2026 Masihi akan mula dikeluarkan secara berperingkat kepada bakal jemaah selepas 22 Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pengumuman rasmi termasuk kadar bayaran haji bagi musim 2026 akan dibuat oleh Lembaga Tabung Haji (TH) dalam masa terdekat sebagai persiapan awal untuk jemaah.

“TH akan mengumumkan kadar kos bayaran haji dalam masa terdekat. Selepas 22 Oktober, surat tawaran kepada bakal jemaah akan mula dikeluarkan secara berperingkat,” katanya selepas Majlis Perasmian Festival Halal Antarabangsa Melaka (MIHF’25) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Menurut beliau, segala langkah awal itu diambil bagi memastikan urusan haji tahun hadapan berjalan lebih tersusun dan memberi ruang kepada bakal jemaah membuat persiapan sewajarnya.

“Kita mahu pastikan urusan haji tahun 2026 berjalan lebih teratur dan terancang. Segala keputusan rasmi termasuk bayaran dan kuota akan dimaklumkan TH dalam waktu terdekat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyentuh secara lanjut mengenai kuota rasmi jemaah haji bagi Malaysia, susulan negara ini sebelum ini memohon tambahan daripada jumlah asal 31,600 orang kepada kerajaan Arab Saudi.

Difahamkan, permohonan rasmi sudah dihantar kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabiah untuk pertimbangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN