Sindiket pengedaran dadah tumpas, dalang turut ditahan

Sindiket pengedaran dadah tumpas, dalang turut ditahan

Kumarasan AL Muniandy menunjukan dadah yang di rampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri di sini hari Ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan tertangkapnya empat individu termasuk dalang utama dalam beberapa siri serbuan di sekitar daerah ini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri itu berjaya merampas kira-kira 14 kilogram (kg) dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM168,108.

Katanya, serbuan pertama pada jam 2 petang di sebuah stesen minyak di Nusa Bistari menahan sepasang kekasih berusia 24 dan 29 tahun yang juga penagih dadah. Susulan itu, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditahan di Bukit Indah bersama 0.3 gram syabu.

“Hasil risikan lanjut membawa kepada penahanan dalang sindiket berusia 41 tahun di Gelang Patah, di mana rumah kedai dua tingkat dijadikan stor penyimpanan dadah. Polis turut menyita sebuah kereta Honda Civic bernilai RM24,000,” katanya pada sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri, hari ini.

Menurutnya, sindiket tersebut aktif sejak Mei lalu dan menjalankan urus niaga secara bersemuka. Semua suspek disahkan positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau.

“Sekiranya bekalan ini terlepas ke pasaran, ia mampu menampung keperluan 28,000 penagih. Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti sumber bekalan,” katanya.

Kesemua suspek direman hingga esok bagi membantu siasatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN