SFC sokong pembinaan pagar perimeter

SFC sokong pembinaan pagar perimeter

ABANG Arabi Abang Aimran bersama-sama pegawai SFC meninjau kawasan Sekolah Rendah Agama, Majlis Islam Sarawak No. 2 susulan aduan mengenai kemunculan buaya berhampiran kawasan sekolah yang baru beroperasi itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pembinaan pagar perimeter yang kukuh perlu dilaksanakan di Sekolah Rendah Agama, Majlis Islam Sarawak (MIS) No. 2 bagi menghalang kemasukan buaya ke kawasan sekolah berkenaan.

Sarawak Forestry Corporation (SFC) menegaskan, cadangan pembinaan pagar tersebut juga harus disegerakan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Menurut SFC menerusi satu kenyataan, sokongan pihaknya ke atas cadangan pembinaan pagar itu adalah susulan lawatan
Kontroler Hidupan Liar Sarawak, Abang Arabi Abang Aimran ke sekolah berkenaan susulan aduan mengenai kemunculan buaya berhampiran kawasan sekolah yang baru beroperasi itu.

“Lawatan ini menzahirkan keprihatinan dan sikap cakna SFC terhadap keselamatan komuniti khususnya murid dan warga sekolah.

“Pemeriksaan turut dilakukan bagi mengenal pasti laluan kemungkinan kemasukan buaya di kawasan berhampiran sekolah, di samping perbincangan bersama pihak pengurusan sekolah mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil,” katanya.

Selain itu, katanya antara tindakan segera yang dikenal pasti termasuk pengurangan populasi buaya di kawasan sekitar, penambahan papan tanda amaran, penggunaan Sarawak Croc Watch serta pelaksanaan program kesedaran 3M Buaya (Mengenali, Memahami dan Memulihara) di sekolah dan komuniti berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN