Semua masjid, surau adakan Solat Hajat, Qunut Nazilah doakan keselamatan delegasi GSF

Semua masjid, surau adakan Solat Hajat, Qunut Nazilah doakan keselamatan delegasi GSF

MOHD. NA’IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Wilayah Persekutuan diarahkan untuk mengadakan Solat Hajat dan Qunut Nazilah pada hari ini selepas Solat Maghrib susulan tindakan biadab Israel memintas dan menghalang pasukan Global Sumud Flotilla ke Gaza, Palestin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Solat Hajat dan Qunut Nazilah juga akan diadakan esok selepas Solat Jumaat di semua masjid dan surau di bawah pentadbiran kedua-dua agensi ini.

“Semua masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan juga akan membaca Khutbah Jumaat Khas berkaitan isu Palestin.

“Saya mengesyorkan kepada semua masjid dan surau Jumaat di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri turut mengambil langkah yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau menyeru semua umat Islam mendoakan keselamatan dan perlindungan kepada pasukan Global Sumud Flotilla khususnya untuk rakyat Malaysia yang terlibat selain mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN