KUALA TERENGGANU: Sebanyak RM12.5 juta diperuntukkan bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan persediaan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka melanda Terengganu bermula bulan depan. Peruntukan itu melibatkan sumbangan RM10 juta daripada kerajaan Persekutuan dan RM2.5 juta daripada kerajaan negeri yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melibatkan kira-kira 1,200 kilometer (km) sistem perparitan. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Hanafiah Mat berkata, antara komponen utama kerja…










