Ribuan rakyat saksi kereta berhias sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan

Ribuan rakyat saksi kereta berhias sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan

ORANG ramai membanjiri pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV untuk melihat perarakan kereta berhias sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Muhammad V di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:  Ribuan rakyat negeri ini teruja melihat perarakan  18 buah kereta berhias sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke-56 sini malam tadi.

Lebih meriah ia turut disertai Pasukan Bergajah dan Pasukan Berkuda serta seramai 56 hulubalang, 10 beca berhias selain kumpulan motosikal berkuasa tinggi Kelantan dan pelbagai persembahan menarik.

Perarakan kereta berhias berlangsung sepanjang lebih dua kilometer bermula dari Kompleks Kota Darulnaim hingga Stadium Sultan Muhammad IV dan disaksikan ribuan rakyat yang membanjiri kiri kanan laluan.

Antara kereta berhias adalah dari Majlis Daerah Tumpat (MDT),  Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, Insititut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Kelantan, Majlis Daerah Ketereh – Perbandaran Islam (MDKPI), Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Lembaga  Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), Jabatan Kerja Raya (JKR)  dan lain-lain dengan mempamerkan kreativiti masing-masing.

Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menyaksikan perarakan tersebut bersama rakyat jelata.

Pengunjung, Shahida Che Kamal, 26, datang berrsama suaminya, Shamsul Mohd. Nafi, 31,  dan dua anak mereka dengan membonceng motosikal semata-mata untuk melihat perarakan kereta berhias yang menyifatkannya sebagai program dinantikan rakyat negeri sejak sekian lama.

“Beberapa hari sebelum itu suami ajak saya datang melihat perarakan  bersama dua anak berusia tiga dan tuiuh tahun. Saya dan suami menaiki motosikal pada pukul 7.30 malam dari Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, bagi mengelak kesesakan jalan raya,” katanya ketika ditemui. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN