Kongsi keceriaan, kasih sayang bersama insan istimewa

Kongsi keceriaan, kasih sayang bersama insan istimewa

SEBAHAGIAN warga Gadang Group of Companies bergambar kenangan bersama penghuni Persatuan Kebajikan Orang OKU Selangor di Subang Jaya, bau-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBAGAI sebahagian daripada komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR), warga Gadang Group of Companies mengadakan Program CSR dan Lawatan Komuniti ke Persatuan Kebajikan Orang OKU Selangor di Subang Jaya, baru-baru ini.

Program ini memberi peluang kepada para sukarelawan untuk meluangkan masa bersama penghuni yang terdiri daripada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sekali gus berkongsi keceriaan, kasih sayang dan semangat kebersamaan.

Mereka percaya bahawa setiap usaha kecil mampu membawa impak yang besar.

Melalui inisiatif seperti ini, warga Gadang Group of Companies terus komited menyumbang kepada masyarakat dan membina komuniti yang lebih prihatin serta inklusif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN