GEORGE TOWN: Projek rumah warga emas mandiri di atas tanah Baitulmal di Pongsu Seribu, di sini dijangka dimulakan tahun depan menerusi kerjasama strategik antara Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, projek berkonsepkan ‘one stop center’ itu merupakan projek perintis di Pulau Pinang dan ia bakal menjadi model kepada pembangunan tanah-tanah Baitulmal di negeri lain.…