YTSP Perlis perkasa agenda kebajikan, pendidikan negeri - Utusan Malaysia

YTSP Perlis perkasa agenda kebajikan, pendidikan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis terus komited memperkasa agenda kebajikan dan pendidikan negeri menerusi pelaksanaan pelbagai program tahunan melibatkan penyertaan aktif komuniti, pelajar serta sokongan padu pelbagai pihak.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sepanjang tahun ini, yayasan tersebut telah berjaya melaksanakan tiga program berimpak tinggi iaitu Jamalullail Leads In Digital School (JLIDS), Perlis Online Tuition dan Mesra AI Robotic.

“Program-program ini jelas mencerminkan komitmen berterusan YTSP Perlis dalam mencapai visi dan misinya untuk memperkasa masyarakat melalui pendidikan dan kebajikan,” titah baginda dalam Mesyuarat Lembaga YTSP Perlis ke-37, Bilangan 1/2025 di Kuala Lumpur.

Tuanku Syed Faizuddin turut menyeru semua Ahli Lembaga YTSP Perlis agar terus memberikan pandangan, cadangan dan idea baharu bagi memperkukuh prestasi yayasan itu dari semasa ke semasa.

Baginda bertitah, usaha tersebut penting bagi memastikan kelangsungan serta keberkesanan peranan YTSP Perlis dalam menghadapi cabaran dan memenuhi keperluan masyarakat yang sentiasa berubah.

“Kita bertanggungjawab memastikan hala tuju yayasan sentiasa segar, progresif serta responsif terhadap keperluan umat di Negeri Perlis,” titah baginda.

Pada majlis sama, baginda berkenan menyerahkan watikah pelantikan Ahli Lembaga Yayasan yang baharu kepada Tan Swee Leong @ Steven Tan berkuat kuasa 1 Oktober lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN