PETALING JAYA : Punca penuntut Universiti Malaya (UM) yang maut selepas dipercayai terjatuh di kolej kediamannya semalam masih dalam siasatan polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, proses merakam keterangan saksi masih berjalan.
“Setakat ini, pelajar berkenaan tidak mengalami sebarang masalah,” katanya secara ringkas kepada media.
Terdahulu, bedah siasat terhadap penuntut itu mendapati tiada unsur jenayah dikesan.
Bedah siasat dijalankan di bilik bedah siasat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) antara pukul 10 malam sehingga 3 pagi.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi.
Mangsa juga didapati mengalami kecederaan di bahagian dada selain tiada kesan jerutan serta sebarang unsur jenayah.










