Duda edar pil kuda direman seminggu

Duda edar pil kuda direman seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang duda yang bekerja sebagai penarik kereta ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes pengedaran lebih setengah kilogram pil kuda di Kampung Kubang Batang, di sini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 35 tahun itu yag bermula hari ini dikeluarkanMajistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi di Mahkamah Majistret Tumpat.

Reman tersebut bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup. Jika tidak dijatuhkan hukuman mati, pesalah boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 12 kali jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju oren tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Tumpat pada pukul 10 pagi bagi permohonan reman. Suspek ditahan pada Ahad lalu kira-kira pukul 3.30 petang selepas sepasukan anggota polis mengesan sebuah Perodua Axia dalam keadaan mencurigakan berhenti di tepi jalan Kampung Kubang Batang.

Pemeriksaan lanjut menemukan kira-kira 610 gram dadah jenis pil kuda atau 6,100 biji dengan anggaran nilai rampasan sekitar RM61,000. Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN