Ramai doakan Norreen Iman kembali bertudung - Utusan Malaysia

Ramai doakan Norreen Iman kembali bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meskipun penampilan terkininya menjadi bualan ramai, pelakon, Norreen Iman kekal memilih diam dari memberikan sebarang respons.

Menerusi sebuah hantaran terbaharu di Instagram, Norreen secara terbuka berkongsi foto bahagia bersama dua orang cahaya matanya dengan penampilan terbaharunya yang kini tidak lagi bertudung.

“Pelangi dan sinaran mahari saya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi hantaran tersebut, pelakon drama Lara Kasih itu dilihat bahagia menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal dengan sederhana bersama puteri dan putera tersayang.

Perkongsian tersebut turut meraih pelbagai respons dari kalangan warganet menerusi ruangan komen yang mendoakan agar pelakon itu kembali ke menjaga penampilan seperti yang sebelumnya.

“Semoga kembali bertudung,” komen netizen.

“Saya doakan awak berhijab semula. Lagi comel moleh berhijab. Moga yang baik-baik untuk awak sekeluarga,” kata seorang pemilik media sosial.

“Semoga kembali ke jalan yang lebih baik,” komen seorang lagi netizen.

Sejak minggu lalu, penampilan Norreen yang kini tidak lagi berhijab serta berambut pendek menjadi bualan hangat dan mengundang kecaman dalam kalangan netizen.

Untuk info, Noreen pernah berkahwin dengan Mohd Raizi Abd Razak pada 2011, namun sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 21 Mei 2026.

Hasil perkongsian tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ellen dan Kimmy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN