PERMINTAAN domestik diunjur berkembang 5.8 peratus pada separuh kedua tahun ini, selepas meningkat 6.5 peratus pada separuh pertama 2025, menurut Tinjauan Ekonomi 2026. Jelasnya, prestasi itu akan didorong oleh peningkatan perbelanjaan sektor swasta yang dijangka berkembang 6.1 peratus sepanjang 2025, menyumbang 4.7 mata peratusan (ppt) kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). “Sementara itu, perbelanjaan sektor awam diunjur meningkat 6.3 peratus, menyumbang sekitar 1.1 ppt kepada pertumbuhan keseluruhan ekonomi negara.…