Pendekatan sains hadapi ancaman dadah kompleks - Utusan Malaysia

Pendekatan sains hadapi ancaman dadah kompleks

David Balisong
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia kini berdepan bentuk ancaman dadah yang semakin mencabar dengan kemunculan bahan psikoaktif baharu (NPS) dan penggunaan teknologi digital dalam aktiviti pengedaran bahan terlarang itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, kerjasama dengan institusi akademik seperti UiTM dilihat penting dalam memperkukuh kajian saintifik, inovasi dasar, dan pembangunan modul pendidikan anti dadah di peringkat nasional. 

“Inisiatif ini juga menyokong hasrat JSJN untuk memperkukuh integriti, profesionalisme dan kebolehpercayaan pasukan penguatkuasaan di mata masyarakat.

“Keperluan penguatkuasaan berasaskan sains dan risikan pintar (Smart Enforcement), pemulihan menyeluruh, serta pembangunan masyarakat bebas dadah adalah tiga tonggak utama pelan tindakan JSJN 2025–2030,” katanya ketika menerima kunjungan hormat delegasi Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Bukit Aman semalam.

Dalam pertemuan itu beliau menyampaikan taklimat khas bersempena Kajian Pelan Tindakan Menangani Ancaman Dadah dan Substan Negara yang membabitkan kerjasama strategik antara JSJN dan UiTM.

Majlis berakhir dengan sesi perbincangan dua hala dan perkongsian idea antara JSJN serta pihak akademia bagi memperkukuh usaha ‘Enforcement with Empathy’, ke arah Malaysia yang bebas daripada ancaman dadah dan substan berbahaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN