PBK Sabah sah tanding 11 kerusi pada PRN17

PBK Sabah sah tanding 11 kerusi pada PRN17

Barisan calon PBK untuk menghadapi PRN17 Sabah 29 November ini. – UTUSAN/HARDY JOE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Bumi Kenyalang (PBK) Sabah mengesahkan akan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang dijadualkan pada 29 November ini.

Presidennya, Voon Lee Shan berkata, keputusan itu dibuat selepas menilai kekuatan jentera parti dan peluang realistik untuk menang sekurang-kurangnya lima kerusi dalam pilihan raya tersebut.

“Setakat ini, 11 DUN di Sabah sudah dikenal pasti mempunyai potensi cerah dimenangi PBK. Kami yakin calon-calon yang dipilih mampu membawa suara rakyat dengan lebih berkesan di peringkat negeri,” katanya pada majlis penyampaian watikah kepada calon PBK Sabah di sini.

Turut hadir, Pengerusi PBK Sabah, Datin Soh Kee Suat, dan Naib Pengerusi, Datuk Ronnie Loh Ee Eng.

Antara calon diumumkan ialah Halman Maniuk (Banggi), Gunsanad Malingka (Bengkoka), Datuk Abdul Halim Yussof (Tanjong Kapor), Robbin Banati (Bandau), James Gantukok (Tandek) dan Mohd. Yunus Ibrahim (Karambunai).

Turut dinamakan, Candy Chiew (Likas), Datin Soh Kee Suat @ So Chee Say (Api-Api), Datuk Loh Ee Eng (Tanjung Aru), Datuk Jasni Matlani (Tanjung Keramat) dan Walter Norbert Johnny (Moyog).

Menurut Voon, PBK Sabah masih membuka peluang kepada calon lain yang berkelayakan untuk bertanding lebih banyak kerusi, namun setakat ini hanya 11 individu dikenal pasti sesuai mewakili parti.

Beliau yakin PBK akan menjadi antara parti pilihan pengundi Sabah yang mahukan perubahan dan kepimpinan baharu di peringkat negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN