Penyelesaian konflik ASEAN berdasarkan keterlibatan membina

PARLIMEN: Penyelesaian konflik ASEAN berdasarkan keterlibatan membina

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyelesaian konflik dan pertikaian antara negara ASEAN termasuk keganasan di Myanmar perlu diselesaikan menerusi keterlibatan secara membina (constructive engagement).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rangka kerja tersebut menumpukan konsep ‘ASEAN Centrality’ dengan memperkukuh aspek diplomasi, rundingan terbuka, kerjasama ekonomi dan dialog politik

Katanya, amalan constructive engagement antara negara anggota ASEAN juga secara tidak langsung dapat mengelakkan pertikaian yang boleh memusnahkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kestabilan serantau.

“Saya setuju dengan konsep constructive engagement. Sebab itu soal Myanmar saya minta rakan-rakan saya dalam kalangan pemimpin ASEAN berunding dan berbincang dengan pemimpin junta.

“Ini tidak dilakukan sebelum ini. Kalau dilakukan pun tidak dilakukan dengan kesepakatan ASEAN. Apabila saya tekankan hal sedemikian, mereka (pemimpin ASEAN) beri dukungan. Tapi kita tetap terikat dengan lima perkara konsensus,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) mengenai kerangka kerja ASEAN dalam penyelesaian konflik di Dewan Rakyat hari ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×