PARLIMEN: Generasi kini rapuh kerana semua takut bertindak

PARLIMEN: Generasi kini rapuh kerana semua takut bertindak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mereformasi sistem pendidikan negara susulan peningkatan jumlah kes buli dan kesalahan seksual yang melibatkan golongan pelajar. 

Gesaan itu disuarakan oleh Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) mengenai sistem hari ini yang melahirkan generasi rapuh kerana guru tidak dibenarkan lagi melaksanakan tindakan disiplin terhadap pelajar.

“Dulu disiplin menjadi tunjang pembentuk manusia. Ketika saya bersekolah dulu, tahun 1970-an, kesalahan kecil seperti tidak memakai stoking, gagal menyiapkan kerja rumah atau buku koyak sedikit sudah diberi pengajaran.

“Bukan kerana guru zalim tetapi kerana mendidik tanggungjawab, hormat dan nilai diri. Hari ini atas nama emosi dan kesejahteraan, semua mahu dilayan lembut-lembut. Akhirnya lahirlah generasi rapuh. Cepat terasa, mudah mengalah.

“Guru takut bertindak, sekolah takut disalahkan. Sistem lumpuh, nilai korban di pihak anak-anak,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Doris menggesa Kementerian Pendidikan menggunakan peruntukan RM66.2 bilion untuk tahun depan bagi memulihkan jiwa sistem pendidikan dan bukan hanya untuk membina bangunan dan makmal baharu.

Pagi tadi, negara dikejutkan dengan insiden tikaman sehingga membuatkan seorang murid perempuan tingkatan empat maut akibat ditikam murid lelaki di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN