Trump beritahu Netanyahu operasi ketenteraan AS di Teluk - Utusan Malaysia

Trump beritahu Netanyahu operasi ketenteraan AS di Teluk

DONALD TRUMP (kanan) dan Benjamin Netanyahu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMAQDDIS: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Khamis memaklumkan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengenai operasi ketenteraan AS di Teluk.

Pendedahan itu dibuat Pejabat Perdana Menteri Israel, selepas Iran melaporkan berlaku serangan baharu oleh AS.

“Sebagai sebahagian daripada hubungan yang berterusan” antara kedua-dua pemimpin itu, Presiden Trump mengemas kini (maklumat) mengenai langkah-langkah Amerika di Teluk,” kata pejabat Netanyahu menerusi satu hantaran di platform X.

Seorang pegawai AS mengesahkan perbualan itu berlaku. Namun, beliau tidak memberikan butiran lanjut.

Menurut hantaran di X itu, pemimpin Israel berkenaan turut menyuarakan kebimbangan kepada Rumah Putih mengenai Turkiye dengan menuduh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, dan pihak di sekelilingnya mengeluarkan kenyataan yang menentang kewujudan negara Israel, serta keperluan mewujudkan zon keselamatan di sepanjang sempadan Israel.

Pada Selasa, Erdogan menolak sebagai maklumat palsu dakwaan Israel bahawa penjualan pesawat pejuang F-35 dan komponennya oleh AS kepada Turkiye akan mengganggu keseimbangan kuasa di rantau itu.

Pada Isnin, Netanyahu menggesa AS supaya tidak menjual pesawat pejuang berkenaan kepada Turkiye, yang juga sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Ketegangan antara Trump dan Netanyahu semakin memuncak berhubung cara mengendalikan perang dengan Iran, yang telah memberi kesan politik kepada presiden AS itu apabila harga minyak dan barangan pengguna meningkat sepanjang konflik tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN