Nicol David anjur Sidang Kemuncak Sukan & Kesihatan Mental 2025

Nicol David Organisation (NDO) anjur Sidang Kemuncak Sukan & Kesihatan Mental 2025

NICOL David
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Nicol David Organisation (NDO) hari ini mengumumkan
penganjuran Sidang Kemuncak Sukan & Kesihatan Mental 2025 yang julung kali diadakan di Pavilion Bukit Jalil dari 30 Oktober hingga 2 November ini.

Sidang itu menumpukan kebolehan aktiviti sukan dan gerak fizikal untuk menangani
cabaran kesihatan mental yang semakin meningkat di Malaysia, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Ia juga bermatlamat untuk menyatukan pemimpin dari sektor perniagaan, pendidikan, sukan dan kerajaan dalam misi memacu penggerakan fizikal sebagai keutamaan negara dalam menangani cabaran kesihatan mental.

Kebimbangan Kebangsaan yang Meningkat Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Negara 2023, 1 daripada 5 kanak-kanak Malaysia kini mengalami cabaran kesihatan mental.

Kajian yang sama turut menyorot bahawa obesiti dan ketidakaktifan semakin meningkat dengan lebih separuh daripada orang dewasa Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obes.

Sementara itu, kanak-kanak berumur lima hingga 17 tahun di Malaysia mencatatkan gred yang tidak memuaskan iaitu “D” dalam aktiviti fizikal dan kesihatan mereka berdasarkan Laporan Kad Skor Aktiviti Fizikal Malaysia 2022 Untuk Kanak-kanak Dan Remaja oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Active Healthy Kids Global Alliance.

Pengasas NDO, Datuk Nicol David yang juga bekas juara squash dunia berkata, “Apabila kanak-kanak mengamalkan gerak fizikal, mereka membina bukan sahaja tubuh yang lebih sihat tetapi juga minda yang lebih kuat. Melalui sukan, kita boleh mengajar disiplin, keyakinan, tatacara kerja berpasukan dan keseimbangan emosi.

“Sidang Kemuncak ini adalah salah satu daripada banyak usaha kami untuk menggerakkan kesedaran dan tindakan nasional bagi membina Malaysia yang bersedia untuk masa depan di mana sukan menjadi teras kepada pendidikan, komuniti dan pembangunan negara, ” katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengenal pasti aktiviti fizikal sebagai faktor kritikal dalam mencegah penyakit tidak berjangkit dan menyokong kesejahteraan mental secara keseluruhan.

“Banyak lagi kajian juga terus menunjukkan kepentingan sukan dan aktiviti fizikal secara tetap sebagai faktor kritikal yang mengurangkan secara signifikan simptom kemurungan dan kebimbangan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, sambil meningkatkan keyakinan, keupayaan pembelajaran dan hubungan sosial,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini.

Katanya sejak 2022, NDO sudah memperjuangkan sukan untuk menyokong pertumbuhan dan pembangunan holistik kanak-kanak dan keluarga melalui pelbagai program dan inisiatifnya.

“Sidang Kemuncak ini membolehkan kami meningkatkan usaha dengan lebih berkesan, supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat mendapat manfaat daripada sukan untuk mengukuhkan daya ketahanan mental dan sosial,” katanya.

Gerakan untuk Perubahan: Sorotan Sidang Kemuncak“Kerjasama pelbagai sektor merentas generasi adalah penting.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama NDO, Mariana de Reyes berkata, sidang kemuncak ini akan mengumpulkan CEO, pendidik dan pembuat dasar, ibubapa, pelajar, jurulatih dan guru untuk bersatu di sebalik satu agenda kebangsaan iaitu sebuah negara yang bergerak demi kesihatan mental.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dijangka menyampaikan ucaptama Sidang Kemuncak, diikuti oleh sesi perbincangan bersama Datuk Nicol David, bekas juara dunia skuasy, Goh Liu Ying, bekas pemain badminton, Liz Irving, bekas juara dunia skuasy dan jurulatih, Noor Askuzaimey Mat Salim iaitu Atlet Boccia Paralimpik yang akan membincangkan bagaimanai memperkasakan guru dan jurulatih serta komuniti dan keluarga dalam membina ketahanan mental melalui sukan.

Satu perlawanan pameran khas menampilkan Datuk Nicol David, Goh Liu Ying, pempengaruh selebriti Jenn Chia dan Shalma Ainaa, serta Duta-duta Protech seperti Hairul Azreen, Chan Peng Soon dan Perry Kuan bersama dengan pempengaruh sukan yang turut hadir.

Sidang Kemuncak ini juga termasuk karnival skuasy pada 2 November yang akan menghimpunkan kanak-kanak dan ibu bapa di Piazza Pavilion untuk bermain skuasy luar dan permainan karnival mesra keluarga untuk semua peringkat umur. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN