PETALING JAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berpeluang menjadi Perdana Menteri sekali lagi, sekiranya beliau menerima cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan. Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa, ia berikutan kemungkinan wujudnya penggiliran jawatan kerana Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) mempunyai kedudukan yang stabil. “Saya difahamkan ada beberapa pimpinan kanan Pas dan Bersatu menolak (Kerajaan Perpaduan) dan ia tidak dibincangkan dalam…