Zionis penjarakan kami, tuduh kami pengganas - Hazwani Helmi - Utusan Malaysia

Zionis penjarakan kami, tuduh kami pengganas – Hazwani Helmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF), Hazwani Helmi mendedahkan telah dilayan seperti binatang ketika berada dalam tahanan zionis.

Malah lebih menyayat hati apabila kesemua peserta misi itu terpaksa berlapar kerana tidak diberi makanan dan minuman bersih.

“Mereka (zionis) culik, kurung kami dalam penjara tanpa sebab dan tuduh kami ini pengganas.

“Kami dilayan seperti binatang, tidak diberi makanan dan minuman yang bersih. Malah terpaksa minum air paip dalam tandas.

“Mereka juga bertindak membuang beg-beg kami yang antara lain mengandungi barang-barang penting seperti ubat-ubatan kami,” katanya kepada media tempatan Turki.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Al- Kahery semalam mengesahkan 137 misi GSF termasuk 23 delegasi Malaysia berjaya dibebaskan dengan bantuan kerajaan Turki.

Sani dalam masa yang sama memaklumkan kesemua delegasi Malaysia dijangka berlepas pulang ke tanah air pada esok.

Hazwani dalam masa yang sama turut mendedahkan kezaliman yang dilakukan Israel terhadap aktivis kemanusian Sweden, Greta Thunberg yang turut terlibat dalam misi tersebut.

“Gretta diseret, mukanya dibungkus dengan bendera zionis. Israel melayannya seperti haiwan.

“Dunia perlu tahu kekejaman Israel, mereka terlalu zalim,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN