MCA tidak gadai prinsip demi ‘mainan’ - Utusan Malaysia

MCA tidak gadai prinsip demi ‘mainan’

Tan Teik Cheng
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MCA tidak pernah merajuk kerana tidak dapat mendapat toy atau ‘mainan’ kerana parti itu memegang prinsip tidak menjawat sebarang jawatan dalam kabinet.

Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng berkata, MCA sudah menyatakan bahawa tidak akan menyertai kabinet apabila Kerajaan Kerpaduan ditubuhkan dengan pendirian itu kekal sehingga hari ini.

“MCA sentiasa menjunjung integriti dan prinsip politik serta tidak akan sewenang-wenangnya mengubah pendiriannya atau menggadai prinsipnya demi keuntungan yang sementara atau menjawat jawatan dalam kabinet.

“Seperti kata Ahmad Zahid sendiri, apabila kerajaan perpaduan ditubuhkan, MCA sudah menyatakan bahawa kami tidak akan menyertai kabinet. Pendirian MCA kekal teguh sehingga hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, terdapat di kalangan pemimpin parti komponen yang menghentak kaki di lantai apabila tidak diberikan mainan.

Dalam pada itu, Teik Cheng mencetuskan persoalan sama ada kenyataan Presiden UMNO itu berhubung kerjasama UMNO-DAP wujud sebab diberikan ‘mainan’?

“Memandangkan Ahmad Zahid mendakwa telah menjalankan tinjauan di kalangan akar umbi MCA dan MIC, maka beliau juga harus terlebih dahulu membuat tinjauan terhadap ahli UMNO sendiri untuk melihat sama ada akar umbi UMNO benar-benar menyokong kerjasama UMNO-DAP?

“Hakikatnya DAP melawan BN selama berpuluh tahun. Bukan sahaja MCA, tetapi mereka juga menyerang dan menghina UMNO dengan begitu dahsyat. Jika parti lain, saya tidak tahu. Tapi bagi MCA, kami adalah parti bermaruah, berprinsip dan tidak akan sesekali melutut hanya kerana mahu mendapatkan mainan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN