MCA, MIC tak perlukan 'mainan' - Utusan Malaysia

MCA, MIC tak perlukan ‘mainan’

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MCA dan MIC menafikan bahawa kedua-dua parti tersebut ‘ibarat kanak-kanak kehilangan mainan dan berharap mendapatkannya semula’ seperti digambarkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, dalam ucapan perasmian di Konvensyen MCA Pahang kelmarin, beliau memberikan respon terhadap kenyataan Ahmad Zahid tersebut.

Katanya, MCA bukanlah parti yang dimaksudkan Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO.

“MCA tidak pernah merayu untuk mendapatkan ‘mainan’ apatah lagi merajuk sehingga menghentak-hentakkan kaki.

“Sebaliknya apa yang kami tuntut hanyalah rasa hormat, layanan yang adil, dan mengembalikan semangat BN serta prinsip asal penubuhan parti Perikatan sebelumnya. MCA akan terus menjadi sebuah parti yang bersuara demi rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Dalam temubual khas bersama Mingguan Malaysia, baru-baru ini, Ahmad Zahid ketika ditanya mengenai hubungannya dengan MCA dan MIC, beliau memaklumkan bahawa terdapat ada tokoh di kalangan parti komponen BN mungkin merajuk kerana tidak diberikan mainan.

“Tetapi ada satu tokoh-tokoh itu mungkin mereka perlukan toys (mainan), jadi apabila tidak dapat toys lagi, maka mereka hentak-hentakkan kaki di lantai,” katanya.

Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran pula melihat kenyataan ‘mainan’ dimaksudkan Ahmad Zahid adalah berkenaan jawatan dalam kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, MIC tidak berminat dengan jawatan dalam kerajaan

“Saya benar-benar terkejut dengan kenyataan beliau. Saya tidak tahu siapa sebenarnya pemimpin yang beliau maksudkan telah ditemuinya.

“Bagi pihak kami, sebarang perbincangan mesti dilakukan bersama kepimpinan tertinggi parti,” katanya .

Presiden MIC itu turut menjelaskan bahawa kali terakhir beliau bertemu Ahmad Zahid secara rasmi ialah dua tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN