PETALING JAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM229.93 juta bagi menyenggara kapal berusia lebih 30 tahun pada tahun lalu yang menunjukkan kebergantungan terhadap aset lama yang berisiko dari segi fungsi dan kos. Menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025, agensi itu juga didapati membelanjakan RM78 juta bagi bot berusia antara 11 hingga 20 tahun sekali gus menunjukkan beberapa kelemahan yang memberi kesan kepada keberkesanan perbelanjaan dan…