RM183.11 juta geran penyelidikan empat kementerian tidak dipulangkan

RM183.11 juta geran penyelidikan empat kementerian tidak dipulangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM183.11 juta geran penyelidikan di empat kementerian tidak dipulangkan yang melibatkan 7,904 projek.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, empat kementerian tersebut ialah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT); Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Katanya, baki tertinggi yang tidak dipulangkan adalah KPT dengan melibatkan lima universiti penyelidikan berjumlah RM110.67 juta bagi 7,823 projek.

“Analisis audit mendapati sejumlah RM9.72 juta (5.3%) merupakan baki yang melebihi tempoh 10 tahun manakala sejumlah RM89.82 juta (49%) adalah baki bagi tempoh antara lima hingga sembilan tahun.

“Baki geran penyelidikan yang tidak dipantau oleh kementerian berisiko digunakan untuk tujuan selain dari kelulusan asal.

“Baki geran penyelidikan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri bagi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) tidak dipulangkan sejumlah RM55.64 juta melibatkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF). Agensi pelaksana telah menggunakan baki peruntukan bagi membiayai projek-projek baharu RMK-12 tanpa kelulusan Kementerian Kewangan,” katanya hari ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN