KUALA LUMPUR: Seorang tukang paip didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah mendera anak perempuannya kerana tidak membasuh pinggan, awal bulan lalu. Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi. Mengikut pertuduhan, lelaki berusia 42 tahun itu didakwa melakukan penganiayaan terhadap anak kandungnya yang berusia 11 tahun 10 bulan dengan memukul mangsa menggunakan penyangkut baju sehingga menyebabkan kecederaan pada beberapa bahagian…