Polis belum terima laporan kanak-kanak autism dikurung

Polis belum terima laporan kanak-kanak autism dikurung

AKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berhubung kejadian seorang kanak-kanak dipercayai autism dikurung dekat sebuah pusat asuhan di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Anak Embol, bagaimanapun pihaknya mengesan empat video tular menerusi akaun Instagram Ariz Ramli (Caprice).

“Terdapat 4 video yang tular di media sosial yang dikongsikan oleh pemilik akaun Instagram tersebut. Setakat ini polis belum menerima laporan berhubung dengan video tular itu dan masih menjalankan siasatan secara terperinci.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung video tular tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Laymand Rayne ditalian 014-6907071,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, pengurusan Al Kuthar Eduqids (AKE) menyegerakan siasatan dalamannya susulan tular kejadian seorang kanak-kanak dipercayai menghidapi autism dikurung tanpa pakaian di dalam sebuah bilik gelap.

Ibu pejabat AKE dalam kenyataannya berkata, pihaknya mengambil maklum insiden yang berlaku di salah satu cawangan pusat pendidikan awal itu.

Baru-baru ini, tular potongan video memaparkan seorang kanak-kanak didakwa menghidapi autism dikatakan dikurung dalam keadaan berbogel dalam sebuah bilik gelap dipercayai stor dekat salah satu cawangan AKE di Seksyen 3, di sini.

Malah, video itu turut memaparkan keadaan rumah dan bilik yang bersepah seperti tidak terurus.

Video yang ditularkan oleh Caprice menerusi laman Threads itu menerima lebih 4,200 reaksi dan 1,000 komen selain dikongsikan sebanyak 3,500 kali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN