Polis terima laporan kanak-kanak dikurung

Polis terima laporan kanak-kanak dikurung

AKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis menerima laporan seorang kanak-kanak autism lelaki berusia 11 tahun dikurung dalam bilik sebuah pusat asuhan dekat Seksyen 3, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Anak Embol berkata, kanak-kanak terbabit sudah dihantar ke taska berkenaan kira-kira empat hingga lima tahun.

“Makluman, tiga laporan polis diterima berkaitan anak dikurung, seperti mana dalam video yang tular di media sosial. Kes masih dalam siasatan. Polis juga sudah pun mengambil keterangan pempengaruh, Caprice.

“Ada yang serah rakaman kamera litar tertutup dan ada yang belum. Rampasan akan dibuat. Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, pengurusan Al Kuthar Eduqids (AKE) menyegerakan siasatan dalamannya susulan tular kejadian seorang kanak-kanak dipercayai menghidapi autism dikurung tanpa pakaian di dalam sebuah bilik gelap.

Ibu pejabat AKE dalam kenyataannya berkata, pihaknya mengambil maklum insiden yang berlaku di salah satu cawangan pusat pendidikan awal itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tular potongan video memaparkan seorang kanak-kanak didakwa menghidapi autism dikatakan dikurung dalam keadaan berbogel dalam sebuah bilik gelap dipercayai stor dekat salah satu cawangan AKE, di sini.

Malah, video itu turut memaparkan keadaan rumah dan bilik yang bersepah seperti tidak terurus.

Video yang ditularkan oleh Caprice menerusi laman Threads itu menerima lebih 4,200 reaksi dan 1,000 komen selain dikongsikan sebanyak 3,500 kali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN