Lelaki 50-an khianat kenderaan JPJ Terengganu ditahan

Lelaki 50-an khianat kenderaan JPJ Terengganu ditahan

ZAMRI Samion menunjukkan kenderaan rasmi milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dirosakkan seorang lelaki pada kejadian Rabu lalu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an ditahan selepas merosakkan kenderaan rasmi milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu dalam kejadian di Pusat Niaga Paya Keladi, di sini, Rabu lalu.

Pengarah JPJ Terengganu, Zamri Samion berkata, kejadian disedari kira-kira pukul 9.45 pagi ketika kenderaan tersebut diletakkan di kawasan tempat letak kereta Pusat Latihan ICT, Bangunan Pusat Niaga Paya Keladi, tempat kakitangan jabatan berkenaan menghadiri Kursus Pengurusan Aset.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati beberapa bahagian kenderaan tersebut seperti cermin hadapan retak manakala cermin sisi dan cermin penumpang kanan pecah dipercayai akibat perbuatan khianat individu tidak dikenali.

“Bertindak atas laporan polis yang dibuat, suspek akhirnya ditahan hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian. Difahamkan lelaki terbabit menggunakan objek berbentuk kayu untuk memecahkan cermin kenderaan rasmi jabatan namun motif sebenar masih dikenal pasti,” katanya pada sidang akhbar di JPJ Terengganu, di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN