Laungan solidariti kepada Palestin berkumandang di Sungai Kelantan

Laungan solidariti kepada Palestin berkumandang di Sungai Kelantan

ANTARA bot yang menyertai perarakan solidariti selamatkan Palestin di Sungai Kelantan. - UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Laungan solidariti selamatkan Palestin berkumandang menyusuri Sungai Kelantan yang melibatkan perarakan sebanyak 790 buah bot, hari ini.

Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza sejauh kira-kira tujuh kilometer itu bermula dari Jeti Pulai Pisang sehingga ke Lembah Sireh di sini, bermula pukul 4.30 petang.

Bot berkenaan belegar-legar di bawah Jambatan Sultan Yahya Petra sambil mengibarkan bendera Kelantan dan Palestin. Ribuan pengunjung dari pelusuk negeri datang menyaksikan perarakan bot berkenaan.

Penganjur solidariti itu, Mohd. Khairul Hafiz Hassan berkata, program itu sebagai sokongan kepada rakyat Palestin di Gaza daripada terus ditindas Israel.

“Kali ini, saya menghimpunkan termasuk mereka yang berkeluarga yang kebanyakan golongan nelayan dan penduduk kampung yang berusia antara 18 hingga 55 tahun sambil melaung selamatkan Palestin serta berdoa kepada meeka yang berada di sana.

“Sepertimana semua tahu negara itu di sana diserang Israel pada 7 Oktober 2023. Walaupun di mana berada, kita sebagai umat Islam perlu bersuara dan berbuat sesuatu, selain sentiasa mendoakan supaya serangan tersebut dihentikan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang pengunjung Nik Suriani Salleh, 52, berkata, dia terharu apabila dapat melihat sendiri rakyat negeri ini menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin di Gaza.

Katanya, kedatangan dia bersama keluarga menunjukkan semangat membara apabila sekumpulan aktivis yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF).

“Saya tidak mampu untuk berjuang pergi ke sana dan hanya mendoakan dari jauh sahaja. Diharapkan solidariti ini diteruskan sampai bila-bila sebagai tanda kasih sayang terhadap rakyat di sana,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN