PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan semua aspek terkait insiden pelajar ditikam di sebuah sekolah di Selangor dapat disiasat secara tuntas, telus dan adil. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kes itu kini sedang berada dalam siasatan pihak berkuasa. “Suspek telah ditahan polis. KPM akan berkerjasama penuh dalam proses siasatan yang sedang berjalan. “Pasukan kaunselor serta Guru Bimbingan dan Kaunseling telah digerakkan untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial…