PUTRAJAYA: Konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang turut disertai 34 rakyat Malaysia dijangka memasuki zon merah R3 sekitar pukul 9 malam ini (waktu Malaysia). Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, selepas memasuki zon berkenaan, konvoi berkenaan semakin menghampiri Gaza iaitu sekitar 100 batu nautika. Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, perkara itu dimaklumkan Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) yang diketuai Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby. “Sani Araby…