Kesemua 23 aktivis Malaysia selamat tiba di Istanbul

Kesemua 23 aktivis Malaysia selamat tiba di Istanbul

SANI ARABY ABDUL ALIM ARABY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan kesemua 23 aktivis Malaysia telah tiba di lapangan terbang Istanbul kira-kira pukul 8.40 malam waktu Malaysia.

Ketua Pengarahnya, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, mereka diterbangkan dari Ramon Airport, Israel pada pukul 6.40 petang waktu Malaysia.

Beliau berkata, ketibaan aktivis itu disambut oleh oleh pihak kedutaan Malaysia di Turkiye dan Wisma Putra serta kerajaan Turkiye.

“Semua aktivis Malaysia selamat mendarat di lapangan terbang Istanbul dengan menaiki pesawat komersil Turkish Airlines yang diurus serta ditaja oleh kerajaan Turkiye.

“Mereka akan bermalam di Istanbul di bawah jemputan dan tajaan kerajaan Turkiye sebelum diterbangkan pulang melalui penerbangan Turkish Airline yang juga ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Turkiye.

“Usaha ini dibantu oleh Kerajaan Turkiye, Presiden Recep Tayyip Erdoğan, Kerajaan Jordan serta Setiausaha Kerajaan Amerika Syarikat,” katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Katanya, Sumud Nusantara menzahirkan ucapan jutaan terima kasih dan terharu mewakili seluruh keluarga, delegasi, sekretariat serta rakyat Malaysia yang menjadi pendukung misi ini atas kepedulian dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sani Araby berkata, pihak kerajaan Malaysia yang bersungguh-sungguh berusaha menggunakan hubungan erat diplomatik antabangsa untuk
negosiasi ini serta proses mengeluarkan 23 rakyat Malaysia ini.

Ditanya bila aktivis itu akan dibawa pulang ke tanah air, Sani Araby berkata, pihaknya menjangkakan mereka dapat dibawa pulang paling awal Isnin ini.

“Kita semenangnya berhajat untuk membawa aktivis itu terus pulang ke Malaysia malam ini dan kalau boleh kami mahu mereka terus terbang dan esok sampai ke Malaysia. Bagaimanapun, Kerajaan Turkiye sangat berbesar hati untuk memberikan tajaan penginapan hotel di Istanbul.

“Ia bagi memastikan kesemua mereka ini dapat segarkan diri, merehatkan diri dan seterusnya pulang dalam keadaan mengukir senyuman sekali gus dapat membina semula semangat mereka.

“Ini kerana gelombang kedua ini (misi selepas ini) adalah gelombang yang sangat besar untuk pasca perang dalam menyokong usaha membina semula Gaza dan mengantar bantuan,” katanya.

Katanya, beliau juga diminta oleh Perdana Menteri untuk sambut aktivis itu di Istanbul dan pastinya rakyat Malaysia juga tertunggu-tunggu kepulangan mereka.

Jelasnya lagi, pihaknya akan maklumkan ketibaan mereka termasuk sambutan bagi meraikan kepulangan mereka ke tanah air.

Sani berkata, aktivis Malaysia lain yang berada di Cyprus, Amman, Jordan juga akan diterbangkan ke Istanbul bagi meraikan detik bersejarah itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN