KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah menyuarakan kebimbangan terhadap nasib dua anak kelahiran negeri itu, penyanyi Zizi Kirana dan aktivis Sul Aidil yang dilaporkan ditahan tentera Israel ketika dalam pelayaran misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, awal pagi tadi. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri prihatin dengan perkembangan itu sambil menyifatkan penglibatan mereka dalam misi tersebut sebagai keberanian yang membanggakan. “Kerajaan Negeri yakin Perdana Menteri…