SIPITANG: Gambar tular seorang murid perempuan yang cedera di bahagian kepala sejak pagi tadi tiada kaitan dengan kes buli atau pergaduhan.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Berampah, Ag Ku Jainuddin Ag Wahab berkata, kecederaan berlaku ketika mangsa bermain bersama rakan-rakan di sekolah.
“Kejadian bukan berpunca daripada sebarang perbuatan buli atau pergaduhan, sebaliknya kemalangan yang berlaku ketika murid-murid bermain sesama sendiri.
“Sebagai tindakan segera, pihak sekolah bertindak membawa murid itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ag Ku Jainuddin berkata, gambar yang tular diambil semasa pihak sekolah dalam perjalanan menghantar mangsa ke hospital.
“Ibu bapa murid yang terlibat sudah dihubungi dan dimaklumkan berhubung kejadian ini.
“Pihak sekolah akan memberi perhatian terhadap kebajikan dan keselamatan semua murid serta mengambil langkah penambahbaikan bagi mengelak kejadian seumpama ini berulang,” katanya. – UTUSAN










