Akmal tawar tulis surat letak jawatan Nga Kor Ming 

Akmal tawar tulis surat letak jawatan Nga Kor Ming 

AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menggesa Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming menunaikan janji untuk meletakkan jawatan selepas Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Akmal turut menawarkan diri untuk membantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menyediakan surat perletakan jawatan.

Wahai Nga Kor Ming, kalau kamu tidak tahu nak buat surat letak jawatan, meh sini aku buatkan,” katanya menerusi hantaran video di Facebook.

Gesaan itu dibuat selepas BN memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, sekali gus melepasi sasaran 40 kerusi seperti dinyatakan Nga ketika kempen.

Sebelum ini, Kor Ming pernah menyatakan beliau akan menjadi individu pertama meletakkan jawatan jika BN menang lebih 40 kerusi dalam PRN Johor dan Najib Razak dibebaskan. 

BN bukan sahaja melepasi angka tersebut malah mencatat kemenangan selesa dengan memperoleh 48 kerusi, sekali gus mengukuhkan penguasaan gabungan itu dalam pentadbiran negeri.

Kemenangan besar BN itu turut menyaksikan Pakatan Harapan (PH) hanya memperoleh lapan kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) gagal memenangi sebarang kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN