Kapal misi FFC dan TMTG dipintas tentera Israel

Kapal misi FFC dan TMTG dipintas tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapal Conscience bersama lapan kapal layar yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition-Thousand Madleens To Gaza dilaporkan dipintas tentera Israel ketika berada kurang 120 batu nautika dari perairan Gaza, sebentar tadi.

Pintasan itu berlaku kira-kira jam 10.50 pagi (waktu Malaysia) selepas kesemua kapal berkenaan dihampiri beberapa bot tentera rejim Zionis.

Menurut sumber, sebuah sidang akhbar khas akan diadakan oleh MyCARE pada pukul 12 tengah hari ini bagi memaklumkan perkembangan terkini mengenai insiden berkenaan.

Kapal Conscience membawa seramai 94 delegasi antarabangsa, termasuk lapan wakil Malaysia yang terdiri daripada pakar perubatan, pensyarah dan wartawan.

Sementara itu, seorang lagi wakil Malaysia menaiki kapal layar Umm Saad yang turut menyertai konvoi kemanusiaan tersebut menuju ke Gaza.

Misi kemanusiaan FFC x TMTG membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keama­nan yang menggesa agar pepera­ngan dihentikan, selain menuntut pembukaan akses koridor kemanusiaan ke Gaza.

Seramai lapan rakyat Malaysia sedang belayar di atas Kapal Conscience dengan seorang lagi berada di atas Kapal Umm Saad.

Delegasi kapal Conscience ialah Mohd. Alauddin; Dr. Fauziah Hassan; Dr. Hafiz Sulaiman; Dr. Ili Syakira Mohd. Suhaimi; wartawan, Syafik Shukri Abdul Jalil, pensyarah iaitu Prof. Dr. Mohd. Afandi Salleh dan Dr. Noorhasyimah Ismail serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN