Kad merah Balogun, Infantino didesak letak jawatan

Kad merah Balogun, Infantino didesak letak jawatan

GIANNI INFANTINO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino didesak supaya meletakkan jawatan serta-merta susulan kontroversi membabitkan kad merah penyerang Amerika Syarikat (AS), Folarin Balogun.

Infantino menjadi sasaran kritikan selepas membatalkan penggantungan satu perlawanan terhadap pemain itu, sekali gus membolehkannya beraksi dalam perlawanan pusingan 16 terbaik menentang Belgium.

Perlawanan kalah mati di Seattle yang berlangsung hari ini sepatutnya menjadi tumpuan, namun penyertaan Balogun menguasai perdebatan.

“Ini benar-benar memalukan. Orang ramai terlepas pandang perkara sebenar apabila mereka berkata ‘mungkin itu bukan kad merah’.

“Itu tidak relevan. Apa yang penting ialah cara pihak berkuasa mengendalikan perkara ini. Gianni Infantino perlu meletakkan jawatan. Dia perlu berundur hari ini juga,” kata pengacara talkSPORT, Jeff Stelling

Bintang Monaco itu dilayangkan kad merah pada minit ke-64 ketika AS menewaskan Bosnia dan Herzegovina 2-0.

Balogun dilihat secara tidak sengaja melompat sebelum mendarat dengan kuat di buku lali pertahanan Bosnia dan Herzegovina, Tarik Muharemovic.

Peraturan FIFA menetapkan mana-mana pemain yang dilayangkan kad merah secara terus akan dikenakan penggantungan automatik satu perlawanan.

Bagaimanapun, selepas menerima panggilan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, FIFA mengubah keputusan itu.

“Dialah (Infantino) individu yang mencetuskan idea Anugerah Keamanan FIFA dan kemudian memberikannya kepada rakannya, Donald Trump.

“Dan sudah tentu rakannya itulah yang cuba mempengaruhi keputusan ini serta memastikan penggantungan itu dibatalkan.

“Kedudukannya sudah tidak boleh dipertahankan. Dakwaan rasuah amat tidak menyenangkan. Sejujurnya, dia langsung tidak sedar diri,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN