Henderson terlepas saingan Piala Dunia 2026

Henderson terlepas saingan Piala Dunia 2026

JORDON HENDERSON- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Jordan Henderson terpaksa melupakan baki saingan Piala Dunia 2026 kerana perlu menjalani pembedahan akibat kecederaan luar biasa pada pergelangan tangan yang dialaminya ketika England menewaskan Mexico pada pusingan 16 terakhir, semalam.

Pemain tengah Brentford itu terjatuh dalam keadaan yang janggal selepas tergelincir ketika memanjat papan iklan sewaktu meraikan kemenangan dramatik 3-2 di Stadium Azteca.

Selepas dikeluarkan dari padang menggunakan pengusung dan diberikan bantuan oksigen, Henderson dibawa ke hospital di Mexico City dan tidak pulang bersama skuad kendalian Thomas Tuchel ke kem latihan England di Kansas City.

Seorang anggota pasukan perubatan England ditinggalkan untuk menemaninya.

Ia adalah tamparan besar buat bekas kapten Liverpool berusia 36 tahun itu, yang hanya berada di bangku simpanan tanpa diturunkan ketika menentang Mexico.

Beliau memperoleh kaps ke-90 bersama England apabila dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menentang Panama pada peringkat kumpulan, yang juga satu-satunya penampilannya dalam kejohanan setakat ini.

“Saya sedih kerana Jordan mengalami kecederaan pada pergelangan tangannya. Kecederaan itu agak serius. Dia berada di hospital. Ia tidak selari dengan suasana gembira pada malam ini. Saya belum tahu prosedur seterusnya,” kata pengurus England, Thomas Tuchel.

Pemain tengah England, Jude Bellingham, berkata, Henderson berdepan sedikit masalah, tetapi pasukan perubatan England mengawal sepenuhnya keadaan itu.

“Saya tidak sesuai memberikan terlalu banyak maklumat kerana saya sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku, tetapi semua orang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN