PETALING JAYA: Kapal Fair Lady bagi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa dua sukarelawan Malaysia dipercayai telah dikepung tentera Israel di perairan antarabangsa sebentar tadi.
Dua sukarelawan berkenaan ialah Zainal Rashid Ahmad (ZRA) dan Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kechik dari MyCare Terengganu.
Kapal itu turut disertai dua kru termasuk seorang kapten dan pembantu jurumudi.
Menerusi rakaman siaran langsung kamera litar tertutup (CCTV) di atas kapal, kelihatan semua aktivis terbabit mengenakan jaket keselamatan sebaik sahaja kapal tentera laut Israel menghampiri.
“Kami sudah dikepung oleh empat bot. Satu kapal dan tiga bot ini mungkin detik terakhir. Semua boleh saksikan, saya jangka kapal ini sudah hampir dengan Gaza.
“Arahan daripada kapten kapal juga meminta kami membuang telefon bimbit ke laut,” katanya. – UTUSAN










