‘Kalau kahwin sendiri tak mampu’

‘Kalau kahwin sendiri tak mampu’

WAN Rosdy Wan Ismail meraikan pasangan pengantin sempena program Anggun Suri (Kahwin Beramai-ramai) Tahun 2025 Parlimen Cameron Highlands di Laman Sejahtera Koyan, Lipis, Pahang.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS:  “Kalau kahwin biasa mungkin habis ribuan ringgit tetapi dengan Anggun Suri, semuanya ditanggung.”

Itu antara luahan gembira pasangan pengantin muda yang diraikan menerusi Program Anggun Suri (Kahwin Beramai-ramai) 2025, apabila impian mendirikan rumah tangga tercapai tanpa kos tinggi.

Bagi Siti Noratikah Muhammad Abu Bakar, 27, dan pasangannya Muhammad Shahrul Borhan, 30, inisiatif kerajaan negeri itu bukan sahaja meringankan beban kewangan, malah memberi ruang untuk mereka memulakan kehidupan berumah tangga dengan lebih tenang.

“Kalau kahwin sendiri memang perlukan modal besar. Tetapi di sini semuanya ditaja dari pelamin makan beradab sampai ke dewan.

“Wang selebihnya bolehlah kami simpan untuk masa depan. Terima kasih Tok Wan (Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) dan \kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui selepas selesai program Anggun Suri Parlimen Cameron Highlands di Laman Sejahtera Koyan, di sini, kelmarin.

Wan Rosdy berkata, pelaksanaan Program Anggun Suri tahun ini menyaksikan perluasan penyertaan kepada 10 daerah.

Katanya, perluasan itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh institusi kekeluargaan serta memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN