Kakitangan badan berkanun ditahan kes seleweng zakat

Kakitangan badan berkanun ditahan kes seleweng zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lagi suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan kes penyelewengan peruntukan wang zakat kira-kira RM120,000 bagi 28 pemohon yang tidak layak.

Penahanan suspek wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam di Pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati, suspek yang merupakan kakitangan badan berkanun disyaki bersubahat dengan salah seorang suspek wanita yang sebelum ini telah ditahan SPRM pada Ahad lalu.

“Suspek dipercayai bersekongkol bagi memudahkan proses permohonan Insentif Modal Perniagaan yang dikeluarkan oleh MAIWP,” katanya di sini hari ini.

Menurut sumber, suspek pertama yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tempoh remannya tamat hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN