PETALING JAYA: “Jangan risaukan kami, apa-apa yang berlaku, kami sudah bersiap sedia.” Itu antara pesanan terakhir diterima ahli keluarga Ketua Delegasi Malaysia dalam misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), sebelum kapal mereka ditahan dan ditunda ke Pelabuhan Ashdod, Israel, tengah malam tadi. Anak kepada Prof. Dr. Alauddin Mohd. Ali, Shamil Mohd. Alauddin berkata, kali terakhir dia menghubungi ibu bapanya ialah pada petang Selasa, ketika mereka…