KUALA LUMPUR: Polis menasihatkan supaya penganjuran perhimpunan bagi membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 tidak diadakan bagi menjaga imej negara dan keselamatan delegasi antarabangsa. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail, berkata, tempoh persidangan itu bukanlah masa sesuai untuk sebarang perhimpunan kerana semua keutamaan ditumpukan kepada aspek keselamatan dan protokol negara. “Polis menasihatkan supaya perhimpunan itu tidak diteruskan kerana kawasan Pusat Konvensyen Kuala…