PETALING JAYA: ‘Israel boleh menghalang kapal, tetapi mereka tidak akan mampu menghalang gelombang solidariti yang semakin membesar di seluruh dunia untuk membela Palestin.’ Demikian kata Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai perjuangan kemanusiaan yang dibawa oleh delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) merentasi perairan antarabangsa menuju ke Gaza. Beliau berkata, ancaman terhadap sukarelawan Malaysia dalam misi itu sebenarnya menggambarkan serangan terhadap maruah negara ini. “Perjuangan ini adalah perjuangan kemanusiaan…