PETALING JAYA: Tindakan Israel memintas kapal Global Sumud Flotilla (GSF) melanggar hak penduduk awam untuk menerima bantuan dan mencabuli undang-undang antarabangsa. Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr. Hendun Abd Rahman Shah berkata, berdasarkan Konvensyen Geneva Keempat 1949, penduduk awam mesti dibenarkan menerima bantuan kemanusiaan tanpa sebarang halangan. “Justeru, tindakan Israel menghalang bantuan boleh diklasifikasikan sebagai hukuman kolektif yang jelas dilarang di bawah undang-undang…