Hujan lebat, angin kuat punca kebocoran air HTAA

Hujan lebat, angin kuat punca kebocoran air HTAA

TULAR video berdurai 32 saat memaparkan kejadian bumbung bocor di sebuah ruangan menunggu HTAA di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) mengesahkan insiden kebocoran air di kawasan menunggu zon hijau dan ruang rawatan asma di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, malam tadi berpunca daripada hujan lebat serta angin kuat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Ir. Razali Kassim berkata, kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu disebabkan kebocoran air melalui celahan bumbung akibat hujan lebat berterusan.

“Selain itu, sistem paip saliran air hujan didapati tidak mampu menampung kuantiti air yang terlalu banyak dalam tempoh singkat, menyebabkan air melimpah dan menjejaskan kawasan menunggu,” katanya  di sini hari ini.

Razali berkata, kejadian itu menyebabkan gangguan kepada proses menunggu pesakit dan orang awam yang hadir mendapatkan rawatan di jabatan berkenaan.

“Bagi tindakan awal, syarikat konsesi HTAA telah menggunakan tampalan ‘flashing tape’ bagi menutup celahan bumbung yang dikenal pasti menjadi laluan air hujan. Kerja-kerja semakan dan pembaikan lanjut terhadap struktur bumbung serta sistem saliran air hujan akan dilaksanakan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang,” ujarnya.

Pada masa sama, katanya, pemeriksaan keselamatan terhadap pendawaian elektrik turut dijalankan bagi memastikan kawasan berkenaan berada dalam keadaan selamat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN