Suami isteri maut dirempuh kenderaan pacuan empat roda di Lipis

Suami isteri maut dirempuh kenderaan pacuan empat roda di Lipis

KERETA Proton Persona yang dinaiki pasangan suami isteri bertembung dengan Toyota Hilux dalam kemalangan di Kilometer 18 Jalan Lipis-Benta berdekatan Estet Benta di Lipis, Pahang. - FOTO IHSAN IPD LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Sepasang suami isteri maut selepas kereta Proton Persona yang mereka naik kemalangan dengan sebuah Toyota Hilux di Kilometer 18, Jalan Lipis-Benta, berhampiran Estet Benta. di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu berlaku ketika Proton Persona yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lipis menghala ke Raub.

“Kedua-dua mangsa yang maut ialah pemandu Proton Persona iaitu Mohd. Khair Zainudin, 50, manakala isterinya, Norzaili Khalil, 49, adalah penumpang hadapan. Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Dua lelaki tempatan berusia antara 40 tahun dan 54 tahun yang menaiki Toyota Hilux sedang dalam perjalanan dari Raub ke Gua Musang bagi mengambil muatan durian,” katanya di sini hari ini.

Ismail berkata, siasatan awal mendapati Proton Persona dipercayai bertembung dengan Toyota Hilux yang datang dari arah bertentangan apabila tiba di lokasi kejadian.

Ujarnya, kes kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN